Kelaziman Soal Jawab Perdana Menteri

Di United Kingdom

Sebelum ini, soalan boleh ditujukan kepada Perdana Menteri United Kingdom pada bila-bila masa sahaja sepertimana yang diperuntukkan kepada menteri-menteri lain sehadir.[1] Waktu tetap untuk menanyakan Perdana Menteri secara khususnya (Questions to the Prime Minister atau Prime Minister's Questions, singkatan: PMQ) mula dijalankan 1881 semasa jawatan William Ewart Gladstone pada hujung setiap sidang parlimen, pengerusian Winston Churchill tahun 1953 menetapkan tempoh ini pada hari-hari Selasa dan Khamis.[1]

Perdana Menteri menjawab pertanyaan para ahli Parlimen selama setengah jam.[2] Ahli-ahli parlimen yang duduk di barisan kerusi belakang terutamanya perlu memasukkan nama pada Warta Perintah (Order Paper) yang akan diundi gilirannya kemudian sebelum dipanggil oleh Ketua Parlimen. Anggota hendaklah berdiri saat mengajukan soalan sebelum duduk sebaik habis. Timbalan Perdana Menteri pengganti urama Perdana Menteri sekiranya dalam lawatan kerja,[3] anggota Kabinet paling kanan misalnya Ketua Menteri atau wakil ketua parti kerajaan boleh mengambil alih jika kedua-duanya juga berhalangan hadir.[4] Apabila Ketua Pembangkang berhalangan hadir, bangkangan juga akan diajukan oleh timbalan Ketua Pembangkang.[3]

Soalan wajib pertama ditanyakan adalah "apakah [Perdana Menteri] bersedia memberitahu kami semua kegiatannya hari ini?" yang biasanya diringkaskan kepada "Number one, Mr. Speaker" ("Yang Pertama, Tuan Speaker") Perdana Menteri biasanya menjawab:

This morning I had meetings with ministerial colleagues and others. In addition to my duties in the House, I shall have further such meetings later today.[5][6][7][8][9][10]
("Hari ini saya bermesyuarat dengan rakan sekerja menteri dan pegawai-pegawai lain. Tambahan kepada tugas saya dalam Dewan lagi, saya akan jalankan banyak lagi pertemuan begini kemudian hari ini".)

Hal ini kerana anggota sebelum ini hanya boleh menanyakan soalan urusan langsung Perdana Menteri sahaja yang cukup sedikit manakala urusan selebihnya diserahkan kepada menteri kabinet. Dengan meminta PM memberitahu daftar kegiatannya, anggota bisa bertanya apakah PM harus menggiat atau mengambil tindakan lain.[11] Pertanyaan pertama yang dicantumkan lazimnya berkaitan dengan bidang dasar tertentu yang jarang ada kerana Perdana Menteri boleh mempersiapkan jawabannya terlebih dahulu; pertanyaan kegiatan memungkinkan ahli parlimen mengajukan pertanyaan tambahan yang tidak disangka-sangka oleh Perdana Menteri.[12]

Penyaksian

Soal jawab dalam parlimen mula dirakam sejak tahun 1989 dan disiarkan langsung sejak 1990[13] melalui saluran-saluran BBC Two dan BBC Parliament PMQ juga disiarkan di luar negeri oleh jaringan TV C-SPAN di Amerika Syarikat.[14] Bahkan, soal jawab ini juga boleh disaksikan langsung pengunjung melalui suatu bilik khas (Strangers' Gallery "galeri orang luar" atau Visitors' Gallery "galeri awam").[15]

Di Jepun

Diet Jepun mengadakan sesi "Perbincangan Ketua Dewan" (党首討論, tōshu tōron) pada 10 November 1999 semasa pengerusian Perdana Menteri Keizō Obuchi[16] didasarkan hampir menyerupai sesi dilakukan di Dewan Rakyat diperhatikan banyak ahli Diet.[17]

Di Singapura

Parlimen Singapura memperuntukkan satu setengah jam untuk menanyakan soalan. Hanya soalan-soalan yang diterima masuk dalam Warta Perintah sahaja akan diujarkan sewaktu hari sidang diadakan[18] dan selebihnya akan dijawab pada hari seterusnya mahupun bertulis secara berasingan.

Siaran langsung sidang parlimen pernah dicadangkan beberapa ahli Parlimen, pada namun dibantah kerana kekhuatiran oleh pihak pembicara perkara tersebut menjadi seakan "pementasan" bahkan tidak menambah kepada ketelusan langsung.[19]

Di Malaysia

Sesi Soal Jawab Perdana Menteri mula dijalankan pada setiap hari Selasa sejak 13 Februari 2023 dituruti Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada Khamis luas hari.[20]

Rujukan

WikiPedia: Soal Jawab Perdana Menteri http://www.parliament.uk/business/news/2010/07/spe... https://web.archive.org/web/20100714051710/http://... http://news.bbc.co.uk/1/hi/uk_politics/a-z_of_parl... http://www.parliament.uk/business/news/2014/march/... http://www.walesonline.co.uk/news/wales-news/pmqs-... https://publications.parliament.uk/pa/cm198889/cmh... https://publications.parliament.uk/pa/cm199091/cmh... https://publications.parliament.uk/pa/cm199798/cmh... https://publications.parliament.uk/pa/cm200607/cmh... https://publications.parliament.uk/pa/cm201011/cmh...